kalimah shadah,



Lailaha Illallah Muhammadu Rasulullah

Kalimah syahadah ialah kalimah tauhid. Ia juga merupakan pintu utama keislaman seseorang itu.

Syahadah :
-          Pengetahuan, penerangan, perkhabaran, & pernyataan.
-          Mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan, & kepercayaan.
-          Menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah SWT & mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT.

Sesungguhnya syahadah yang diucapkan (persaksian “La ilaha ilallah”-tiada ilah melainkan Allah) adalah unsur penafian & ada juga unsur itsbat (“ha illallah”- selain Allah). Ini kerana tidak sempurna syahadahnya jika ia hanya ada penyataan itsbat bahawa Allah SWT itu wujud tanpa penafian (mengkufurkan) selain daripada Allah SWT.

Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada Thagut & beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar , Maha Mengetahui.
[Surah Al-Baqarah : 256]

Di dalam kalimah syahadah, yang diucapkan perkataan Ilah adalah ALLAH. “Ilah” (tuhan) bermaksud yang disembah. Ilah mempunyai beberapa konsep :

a) Ilah sebagai tempat tumpuan pengabdian

Pengabdian sepenuhnya hanya untuk Allah SWT, tidak kepada yang lain. Hal ini merupakan perkara pokok & tidak boleh bersekutu dengan yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, & sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung.”
[Surah Al-Hajj : 77]

b) Ilah sebagai tempat perlindungan

Meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah bersifat sementara & bergantung kepada keizinan Allah SWT.

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”
[Surah Al-Fatihah : 5]

c) Ilah sebagai tumpuan kecintaan

Allah SWT adalah tumpuan kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang & cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah SWT.

“Dan diantara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah & bahawa Allah sangat berat azabNya (nescaya mereka menyesal).”
[Surah Al-Baqarah : 165]

d) Ilah sebagai pemberi rezeki

Allah SWT sahajalah pemberi rezeki. Makhluk hanyalah pembawa & penyampainya sahaja; bukan pemberi rezeki & tidak berupaya untuk menambah / menguranginya.

“Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi? Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?”
[Surah Fatir : 3]

e) Ilah sebagai sumber perundangan

Allah SWT sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum. Allah SWT sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak & tidak boleh dibahagi-bahagikan.

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?”
[Surah Al-Maidah : 50]

f) Ilah sebagai ketaatan

Tiada tuhan yang wajib ditaat secara mutlak. Ketaatan selian dari Allah SWT bukan suatu yang mutlak, selagi ia tidak melanggar batasan hukum-hukum yang digariskan oleh Allah SWT.

“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu & dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Surah At-Tagabun : 16]

 Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BeloG ceRAmah BebaS Design by Insight © 2009